Tuesday, January 3, 2012

HIMPUNAN CERITA bodoh !!!

ok..sebelum korang bacer citer kat bawah, aq nk mintak maaf 
kalo citer kat bwh nie x.lawak ..
huhuh..
  1. Seramai 85268283653653953237401 warga Facebook malas baca nombor-nombor tersebut. Jadi mereka terus skip dan sambung membaca. Tanpa mereka sedari ada huruf "B" di antara nombor-nombor itu. Dan mereka sedang mencari huruf B tersebut tapi mereka tak nampak sebab mmg tak ada huruf B dalam nombor-nombor tersebut..hahahahhaha..
  2. Disebuah kelas,guru yg sedang mengambil kedatangan anak murid2 nya.

    Cikgu : RINDU ?
    Rindu : Hadir Cikgu
    Cikgu : Benci ?
    Benci : Saya !
    Cikgu : KASIH ?
    Murid2 : Tak Hadir Cikgu
    Cikgu : SAYANG ?
    Murid2 : Sakit Cikgu
    Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
    RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
    Cikgu : Kenapa ?
    Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan
    Pernah Hadir Tanpa KASIH &SAYANG.
    KISAH PESAWAT YANG NAK TERHEMPAS...

    Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

    Penumpang pertama berkata...

    " Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

    Penumpang kedua pula berkata...

    " Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

    Penumpang ketiga muncul...

    " Aku presiden Amerika Syarikat. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

    Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.

    Katanya :

    " Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.

    Lalu budak tersebut pun berkata...

    " Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "
    ::lol::
  3. Ada satu kemalangan,Ramai org bkumpul kat tepi jln tu.Dia pun terjengket2 la nak tgk kemalangan.sbb pendek,agak susah dia nak tgk kemalangan tu.tiba2, Man dpt idea supaya dia bole tgk.Dgn spontan dia menjerit ‘Beri laluan!Sy keluarga mangsa.org kat situ pandang Man. mrk terus beri laluan,Sampai je Man kat tempat kemalangan,Man terus tersipu malu,Man tunduk je tak angkat2 muka lg bila dia lihat mangsa adalah lembu.....hahahahaha.....
  4. Seorang budak telah dimasukkan ke hospital kerana melayan Cleverbot

    User: Bodoh!
    Cleverbot: Bodoh.
    User: Kaulah yang bodoh bukan aku.
    Cleverbot: Kau bodoh dan gila.
    User: Cleverbot cakap baik-baik boleh tak?
    Cleverbot: Then how do you believe that you are a human.
    User: Aku cakap bahasa melayu lah..
    Cleverbot: Wo bu zhi dao ni zhai jian she me.
    User: ??
    Cleverbot: Yes.
    User: Sakit hati betul aku cakap dengan kau.
    Cleverbot: Kalau sakit pi la hospital.
    User: Diamlah! Jangan menjawab!
    Cleverbot: Saya nak jugak!
    User: Malas aku nak layan kau.
    Cleverbot: Kenapa malas layan aku?
    User: Diam!
    Cleverbot: My life is brilliant. My love is pure. I saw an angel, of that I'm sure.
  5. AYAT AWEK

    Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.
    Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....
    Awek : Apa dia?
    Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?
    Awek : Ish, tak tau lah, I give up.
    Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....
    Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)
    Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?
    Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.
    Jejaka : Ok
    Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?
    Jejaka : Emm, tak tau lah.
    Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)
  6. Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

    "Apsal kau ni asyik menggigil je?"

    "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

    "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

    "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

    "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

    "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

    "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

    "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

    "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

    Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

    "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi
  7. UPSR : Untuk Pelajar Suka Ria .
    PMR : Pelajar Mula Resah .
    SPM : Semua Pelajar Mampus .
    STPM : Sini Tempat Pelajar Menderita .
  8. Situasi: kedai runcit kampung.Ada seorang budak mahu beli
    gula..

    Budak : Auntie!! ada gula kah?
    Auntie : Ada.. sana tu (sambil
    menunjuk tempat)..
    Budak : Tiada pun.. garam sama
    belacan saja ni...
    Auntie : Ada pun.. (sambil
    mengambil bungkusan dari
    rak yang bertulis Garam..) ..
    Budak : Auntie!! saya mahu gula
    bukan garam...
    Auntie : Gula la ni.. tapi saya
    sengaja tulis garam supaya itu
    semut tidak nampak..! :)

    HaHaHaHa... ^_^
  9. abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereke di kelas..

    cikgu: kenape awak lambat, abu?

    abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..

    cikgu: kenape kene lempar batu pulak?

    abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)

    cikgu: kamu pulak, seman?

    seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..

    cikgu: berat ke batu tu?

    abu dan seman: berat cikgu..

    cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..

    abu dan seman: baik cikgu..

    lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..

    cikgu: eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..

    budak baru: saye budak baru..

    cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?

    budak baru: name saye BATU
Girl : Awak merokok?
Boy : Tak.
Girl : Minum?
Boy : Tak.
Girl : Ada kereta?
Boy : Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI.
Girl : [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy : Bukit Antarabangsa.
Girl : Wah mesti mahal?
Boy : Tak la,cuma RM 950.000 je.
Girl : Dah pernah pegi haji?
Boy : Umrah baru 3 kali,haji 2 kali.
Gir l: Wah, [Calon suami mithali] kerja apa?
Boy : Pengarah syarikat.
Girl : [Confirm jadi boyfriend aku] Hobi?
boy: tipu orang
ni jelah yang dapat aq tulis .bubye ..huhuhuh

1 comment: